Sunday 25 December 2011

Profil Persatuan Belia Inspirasi



Pendahuluan
            Persatuan Belia Inspirasi (PBI) adalah ditubuhkan untuk menyatupadukan anak muda di Bukit Gajah dengan aktiviti yang berfaedah selain mendukung teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan insan. Persatuan Belia Inspirasi adalah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta besederhana (moderate) berasaskan reality masyarakat setempat. Persatuan Belia Inspirasi juga besikap bebas (non partisan) dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti politik.

Motto PBI
‘KEJAYAAN BELIA INSPIRASI NEGARA’

Visi PBI
‘Membina Dan Memimpin Seluruh Ahli Serta Masyarakat Setempat Menjadi Masyarakat Berilmu.’

Misi PBI
‘Gerakan Anak Muda Yang Komprehensif Untuk Merealisasikan Cita-Cita Dan Memastikan Masyarakat Setempat Memperolehi Faedah Daripada PBI.’

 Budaya PBI
a)      Menghayati Budaya Ilmu.
b)      Menghayati Amalan Kerohanian.
c)      Memahami Dan Melibatkan Diri Dalam Isu Semasa.
d)      Menghargai Kehidupan Bermasyarakat.
e)      Bersikap Terbuka Dan Tidak Mudah Melatah Dengan Keadaan Semasa.

Objektif Dan Tujuan Penubuhan PBI
a)      Menegak, mengembang dan memperjuangkan budaya masyarakat berilmu.
b)      Menjalankan majlis ilmu dengan cara yang lebih progresif kepada seluruh lapisan masyarakat.
c)      Menumpu seluruh tenaga belia secara total dan mengarahkannya untuk kebajikan masyarakat setempat.
d)      Menjalankan kegiatan-kegiatan lain selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
e)      Kerja amal yang berterusan kepada masyarakat setempat.
f)       Memupuk semangat cintakan Bangsa, Agama dan Negara.

Kaedah Perlaksanaan PBI
a)      Menimbulkan kesedaran sivik melalui kejayaan yang di kecapi oleh individu lain.
b)      Menggalakkan dan membuka peluang untuk masyarakat setempat menimba ilmu.
c)      Mengadakan pendidikan tambahan kepada seluruh anak-anak penduduk setempat.
d)      Menjadikan gotong-royong sebagai aktiviti bulanan dalam membantu masyarakat.
e)      Mendekatkan masyarakat dengan semangat patriotic melalui hebahan melalui saluran yang betul.

Harapan PBI
Merealisasikan visi dan misi PBI seterusnya mencapai motto PBI serta memenuhi objektif dan tujuan penubuhan PBI.

No comments:

Post a Comment