Thursday 29 December 2011

Penerimaan Tawaran Penasihat

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi JKKK Kampung Bukit Gajah (Ketua Kampung) di atas kesudian beliau untuk menjadi penasihat kepada organisasi Persatuan Belia Inspirasi. Diharap dengan kehadiran beliau, persatuan ini akan lebih maju dan berdaya saing dalam segala aktiviti yang akan dianjurkan.

(SURAT PENERIMAAN TAWARAN PENASIHAT)

Memo

Diharapkan semua ahli dapat menjalankan tggjwab mereka demi kejayaan persatuan ini....

3 Golongan Manusia



Assalamualaikum wbt para blogger semua. Semoga para blogger semua senantiasa dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Para blogger sekalian, secara umumnya di dunia yang fana ini manusia tergolong kepada 3 kumpulan. Golongan pertama adalah golongan yang cemerlang, kedua golongan yang sederhana dan ketiga golongan yang lemah atau kurang cemerlang.

Mari kita lihat fenomenanya jika kita pergi ke sekolah / institusi pendidikan, terdapat pelajar yang cemerlang, pelajar yang sederhana dan pelajar yang lemah. Di sesebuah organisasi, terdapat pekerja yang cemerlang, pekerja yang sederhana dan pekerja yang lemah / biasa- biasa sahaja. Dari segi pendapatan, terdapat golongan berpendapatan tinggi, golongan berpendapatan sederhana dan golongan berpendapatan rendah. Di bidang perniagaan, terdapat usahawan yang maju, usahawan yang sederhana dan usahawan yang mundur.

Umumnya, mereka yang cemerlang akan terus cemerlang. Contoh pelajar yang cemerlang, berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan ditawarkan biasiswa, pekerja yang cemerlang akan mudah mendapat kenaikan gaji / pangkat manakala golongan berpendapatan tinggi pula mudah mendapat pengaruh / kuasa dek kerana apa yang mereka telah miliki. 

Mereka yang lemah / kurang cemerlang pula akan dibantu dengan pelbagai skim yang ada. Contoh pelajar yang lemah akan ditawarkan tiusyen tambahan untuk membantu mereka, pekerja yang lemah akan diberi motivasi / bimbingan agar kerjaya mereka akan dipertingkatkan manakala golongan berpendapatan rendah pula akan dibantu dengan pelbagai skim membasmi kemiskinan.

Jadi, golongan mana yang tertinggal ??? Ya, golongan sederhanalah yang akan tertinggal dalam semua segi. Sebagai contoh, graduan yang bergraduat dengan CGPA sederhana, mereka akan dapati sukar bagi mereka untuk menembusi pasaran pekerjaan, golongan yang berpendapatan sederhana pula sukar untuk memajukan diri mereka kerana tiada skim khusus untuk mereka begitu juga pekerja yang berprestasi sederhana sukar bagi mereka untuk meningkatkan kerjaya mereka.

Kesimpulannya, anda perlu tergolong dalam golongan sama ada cemerlang atau tidak cemerlang kerana tiada tempat di dunia ini bagi golongan yang dikategorikan sebagai golongan sederhana. ( walaupun majoriti daripada kita tergolong dalam golongan sederhana) Prinsipnya mudah, jika anda dikehendaki menjawab sebuah borang soal selidik yang mengandungi skor dari 1 - 10, anda hanya perlu menjawab samada 1 atau 10 kerana tiada jawapan untuk mereka yang memberi jawapan antara 2 - 9.

Kepada para blogger sekalian, setujukah kalian bahawa majoriti dari kita adalah termasuk dalam golongan sederhana tetapi golongan ini seakan tertinggal dalam segala aspek dek kerana ramai yang terlepas pandang akan golongan ini. Layangkan minda kalian di kotak komen untuk kita kongsi bersama....

Belia Ohhhhh Belia...



Salam blogger semua..Ungkapan " Belia Tonggak Negara " begitu sinonim dewasa ini untuk menggambarkan betapa pentingnya belia pada hari ini..Secara umumnya takrif belia di negara kita adalah individu yang berumur antara 15 -40 tahun...( so, adakah para blogger dikategorikan sebagai belia)...

Umumnya, isu yang dekat dengan belia ialah isu pekerjaan..Belia sama ada yang baru menamatkan alam persekolahan mahupun baru bergraduat amat memerlukan pekerjaan baik untuk menyara hidup diri mereka sendiri, keluarga mahupun membayar semula hutang pinjaman pelajaran..Kebiasaannya, mereka akan berhijrah untuk mendapatkan pekerjaan khususnya di sektor swasta kerana umum mengetahui sektor swasta banyak terdapat di bandar2 besar termasuk di ibu negeri..

Impaknya, pekan-pekan kecil mahupun kampung tradisional akan dihuni oleh mereka yang bukan belia lagi sehingga timbul istilah "pekan pencen" di sesebuah tempat yang golongan mudanya amat berkurangan sekali..Kerajaan cuba untuk menyekat penghijrahan belia-belia ini ke bandar bagi mengurangkan kesesakan di bandar namun begitu selagi peluang pekerjaan mahupun ekonomi tidak dapat disediakan di pekan-pekan kecil ini selagi itulah fenomena migrasi ke bandar akan berlaku..Walaupun sektor pertanian cuba dibangunkan dengan komprehensif sekali, namum golongan muda ini tidak begitu berminat untuk menceburinya kerana faktor persekitaran yang tidak memberangsangkan. Mereka lebih berminat bekerja di sektor pembuatan, perkhidmatan, perkilangan dan sebagainya..

Adakah di tempat para blogger ada terjadi fenomena ini dan jika terjadi apakah cara terbaik untuk menyekat migrasi beramai-ramai belia ke bandar ini? Layangkan minda para blogger sekalian....

Pendaftaran Persatuan

27 Disember 2011 adalah tarikh pendaftaran Persatuan Belia Inspirasi (Bukit Gajah). 3 bulan selepas tarikh hantar borang pendaftaran, keputusan pendaftaran akan di ketahui samada gagal atau lulus. Harapan kami di pihak pengurusan, semoga pendagtaran ini diterima dan setiap objektif penubuhan akan dapat dijalan kan secara total. Sekian terima kasih....

Monday 26 December 2011

UNTUKMU ADAM DAN HAWA

Adam..
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa..
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
Adam..
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.
Hawa..
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Ambillah kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam..
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda sanubari Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berbicara membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu menjadikan Hawa tergilakan perhatianmu.
Hawa..
Sikap tak endahmu menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil peluang untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dengan dunia cinta palsu.
Adam..
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa..
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
Oleh itu Adam..
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus terus berjuang menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam..
Di mana imanmu saat matamu melihat Hawa berpakaian tidak cukup kain?
Di mana kau letakkan Allah saat hawa nafsu menjadi Tuhanmu?
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani dalam perjuangan,
Agar Hawa takut untuk menggoda dan mendekatimu.
Begitu juga Hawa..
Di mana malumu saat kau menayangkan perhiasanmu kepada ajnabi?
Di mana taqwamu saat syaitan menempiaskan bisikannya untuk menggoda Adam?
Adam menyeru agar kau pelihara maruahmu supaya tidak dicemari,
Agar kawalan nafsu sentiasa  berada dalam pegangan iman Adam.
Hawa..
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam datang menyuntingmu.
Hawa..
Memang Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun, itu bukanlah yang Adam impikan,
Adam mengimpikan Hawa yang kuat pegangan agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan berpakaian dan memelihara pandangan.
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam bab agama agar bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara dirinya untuk Hawa tercinta, iaitu, isteri. Jadilah juga Adam yang bertanggungjawab menjadi ketua keluarga, imam dalam solat jemaah dan pemimpin agama seperti yang diimpi oleh kebanyakan Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak mulia dan baik hati. Jadilah Hawa yang malu dan menjaga aurat serta maruah diri dari sewenang-wenangnya ditonton oleh ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk suami tercinta. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri solehah serta hambaNya yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidami oleh kaum Adam.


Sunday 25 December 2011

Belia Inspirasi (Logo Significant)


MAKSUD LOGO PERSATUAN BELIA INSPIRASI

(1)          Logo/lambang pertubuhan belia ini ialah simbol Persatuan Belia Inspirasi (Bukit Gajah).

(2)          Dimana logo ini mengandungi bulatan yang menunjukkan sikap bersatu dan muafakat ahli persatuan sinonim dengan pepatah ”bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat”.

(3)          Simbol mentol dan manusia dalam logo ini membawa erti yang mana setiap ahli dalam PBI adalh terdiri dari golongan pemikir yang menjana minda untuk memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

(4)    Warna jingga di pilih mencerminkan sikap keterbukaan ahli tehadap masyarakat kerana warna jingga ini di aggap sebaga warna yang di senangi.


Carta Organisasi PBI

Senarai kepimpinan jawatankuasa belia penaja.. diharap dengan perlantikan ini semua jawatankuasa kerja dapat menumpukan seluruh tenaga kepada pembangunan modal insan di kampung bukit gajah.




Profil Persatuan Belia Inspirasi



Pendahuluan
            Persatuan Belia Inspirasi (PBI) adalah ditubuhkan untuk menyatupadukan anak muda di Bukit Gajah dengan aktiviti yang berfaedah selain mendukung teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan insan. Persatuan Belia Inspirasi adalah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta besederhana (moderate) berasaskan reality masyarakat setempat. Persatuan Belia Inspirasi juga besikap bebas (non partisan) dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti politik.

Motto PBI
‘KEJAYAAN BELIA INSPIRASI NEGARA’

Visi PBI
‘Membina Dan Memimpin Seluruh Ahli Serta Masyarakat Setempat Menjadi Masyarakat Berilmu.’

Misi PBI
‘Gerakan Anak Muda Yang Komprehensif Untuk Merealisasikan Cita-Cita Dan Memastikan Masyarakat Setempat Memperolehi Faedah Daripada PBI.’

 Budaya PBI
a)      Menghayati Budaya Ilmu.
b)      Menghayati Amalan Kerohanian.
c)      Memahami Dan Melibatkan Diri Dalam Isu Semasa.
d)      Menghargai Kehidupan Bermasyarakat.
e)      Bersikap Terbuka Dan Tidak Mudah Melatah Dengan Keadaan Semasa.

Objektif Dan Tujuan Penubuhan PBI
a)      Menegak, mengembang dan memperjuangkan budaya masyarakat berilmu.
b)      Menjalankan majlis ilmu dengan cara yang lebih progresif kepada seluruh lapisan masyarakat.
c)      Menumpu seluruh tenaga belia secara total dan mengarahkannya untuk kebajikan masyarakat setempat.
d)      Menjalankan kegiatan-kegiatan lain selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
e)      Kerja amal yang berterusan kepada masyarakat setempat.
f)       Memupuk semangat cintakan Bangsa, Agama dan Negara.

Kaedah Perlaksanaan PBI
a)      Menimbulkan kesedaran sivik melalui kejayaan yang di kecapi oleh individu lain.
b)      Menggalakkan dan membuka peluang untuk masyarakat setempat menimba ilmu.
c)      Mengadakan pendidikan tambahan kepada seluruh anak-anak penduduk setempat.
d)      Menjadikan gotong-royong sebagai aktiviti bulanan dalam membantu masyarakat.
e)      Mendekatkan masyarakat dengan semangat patriotic melalui hebahan melalui saluran yang betul.

Harapan PBI
Merealisasikan visi dan misi PBI seterusnya mencapai motto PBI serta memenuhi objektif dan tujuan penubuhan PBI.

Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semuanya... blog ini di bagunkan adalah dengan tujuan untuk mempromosikan persatuan belia inspirasi bukit gajah... harap2 semua yg menjadi ahli belia inspirasi dapat memberikan sokongan padu untuk kemajuan diri dan kampung....

BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA