Thursday 29 December 2011

3 Golongan Manusia



Assalamualaikum wbt para blogger semua. Semoga para blogger semua senantiasa dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Para blogger sekalian, secara umumnya di dunia yang fana ini manusia tergolong kepada 3 kumpulan. Golongan pertama adalah golongan yang cemerlang, kedua golongan yang sederhana dan ketiga golongan yang lemah atau kurang cemerlang.

Mari kita lihat fenomenanya jika kita pergi ke sekolah / institusi pendidikan, terdapat pelajar yang cemerlang, pelajar yang sederhana dan pelajar yang lemah. Di sesebuah organisasi, terdapat pekerja yang cemerlang, pekerja yang sederhana dan pekerja yang lemah / biasa- biasa sahaja. Dari segi pendapatan, terdapat golongan berpendapatan tinggi, golongan berpendapatan sederhana dan golongan berpendapatan rendah. Di bidang perniagaan, terdapat usahawan yang maju, usahawan yang sederhana dan usahawan yang mundur.

Umumnya, mereka yang cemerlang akan terus cemerlang. Contoh pelajar yang cemerlang, berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan ditawarkan biasiswa, pekerja yang cemerlang akan mudah mendapat kenaikan gaji / pangkat manakala golongan berpendapatan tinggi pula mudah mendapat pengaruh / kuasa dek kerana apa yang mereka telah miliki. 

Mereka yang lemah / kurang cemerlang pula akan dibantu dengan pelbagai skim yang ada. Contoh pelajar yang lemah akan ditawarkan tiusyen tambahan untuk membantu mereka, pekerja yang lemah akan diberi motivasi / bimbingan agar kerjaya mereka akan dipertingkatkan manakala golongan berpendapatan rendah pula akan dibantu dengan pelbagai skim membasmi kemiskinan.

Jadi, golongan mana yang tertinggal ??? Ya, golongan sederhanalah yang akan tertinggal dalam semua segi. Sebagai contoh, graduan yang bergraduat dengan CGPA sederhana, mereka akan dapati sukar bagi mereka untuk menembusi pasaran pekerjaan, golongan yang berpendapatan sederhana pula sukar untuk memajukan diri mereka kerana tiada skim khusus untuk mereka begitu juga pekerja yang berprestasi sederhana sukar bagi mereka untuk meningkatkan kerjaya mereka.

Kesimpulannya, anda perlu tergolong dalam golongan sama ada cemerlang atau tidak cemerlang kerana tiada tempat di dunia ini bagi golongan yang dikategorikan sebagai golongan sederhana. ( walaupun majoriti daripada kita tergolong dalam golongan sederhana) Prinsipnya mudah, jika anda dikehendaki menjawab sebuah borang soal selidik yang mengandungi skor dari 1 - 10, anda hanya perlu menjawab samada 1 atau 10 kerana tiada jawapan untuk mereka yang memberi jawapan antara 2 - 9.

Kepada para blogger sekalian, setujukah kalian bahawa majoriti dari kita adalah termasuk dalam golongan sederhana tetapi golongan ini seakan tertinggal dalam segala aspek dek kerana ramai yang terlepas pandang akan golongan ini. Layangkan minda kalian di kotak komen untuk kita kongsi bersama....

No comments:

Post a Comment